KESIMPULAN :)
Teknologi mkalumat bukan ahaja berjaya menerajui biang perindustrian, tetapi telah tersebar kegunaannya di sektor perniagaan. Kehadiran teknologi maklumat telah memberi peluang kepada organisasi untuk bersaing di pasaran. Ini adalah kerana maklumat yang diperolehi adalah lebih cepat dan tepat.
Adalah agak ketinggalan jika pengurusan organisasi tidak mengambil inisiatif ke atas peluang yang besar ini untuk memperbaiki mutu perniagaan mereka dan meningkatkan hasil produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, sistem maklumat juga dapat memudahkan pihak pengurusan organisasi mengurus, merancang dan mengawal perjalanan organisasi seiring dengan perubahan dunai ke arad globalisasi.Dalam persekitaran yang dinamik, keupayaan organisasi untuk mengekalkan dan meneruskan reputasi menerusi sistem pengurusan sumber manusia yang cekap dan terlatih supaya menampilakn perkhidmatan yang dapat menarik pelanggan secara berterusan adalah penting.
Walaubagaimanapun, penerimaan dan penggantian sistem maklumat adalah berbeza. Ianya bergantung kepada jenis dan keperluan sesebuah organisasi. Pencapaian pengurusan sistem maklumat sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kemampuan dan kepekaan pihak pengurus untuk membaca dan menganalisis persaingan dari dari persekitaran yang wujud. Oleh itu, kemajuan sistem maklumat perlu dioptimumkan agar masalah ancaman yang lebih mencabar dapat diatasi.
Terima Kasih
Hamizah binti Mohd
Hamizah binti Mohd
References:-
- Wiseman, C. (1988). Strategic Information Systems, Irwin, Homewood, Illinois
- Callon, J.D., (1996). Competitive Advantage through Information Technology. New York: McGraw Hill, USA.
- Susan Heathfield. (2000). About.com Human Resources
No comments:
Post a Comment