MODEL GLOBALISASI DALAM SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
Penglobalisasian menerusi Sistem Maklumat Sumber Manusia menitikberatkan aspek sejagat dalam pasaran dan persaingan global.Dunia semakin berubah dan sebagai pengurus organisasi, mereka perlu mengolah strategi terbaik untuk menguruskan organisasi, sistem dan staf di dalam organisasi. Oleh iu, terdapat empat (4) jenis globalisasi dalam sistem maklumat sumber manusia iaitu Multi-Nasional, Global, Antarabangsa dan Transnasional.
Organisasi berbentuk multinasional merupakan sebuah perbadanan yang mempunyai kemudahan dan aset lain sekurang-kurangnya satu negara selain daripada negara asalnya. Syarikat-syarikat itu mempunyai pejabat dan / atau kilang-kilang di negara-negara yang berbeza dan biasanya mempunyai ibu pejabat yang berpusat di mana mereka menyelaraskan pengurusan global..Hampir semua syarikat multinasional utama adalah terletak di negara Amerika, Jepun atau Eropah Barat, seperti Nike, Coca-Cola, Wal-Mart, AOL, Toshiba, Honda dan BMW. Seperti di Malaysia, syarikat di bawah jenama Honda terutamanya, sangat popular dalam menjual perkhidmatan dan produk kepada penduduk Malaysia, walaupun Malaysia telah mempunyai syarikat pengeluar kereta sendiri.(hayati@habibah Abdul Talib, UTM; 2002)
Manakala organisasi global menjadikan pengurusan organisasi di negara asalnya sebagai saluran penghantaran sistem maklumat sumber manusia daripada syarikat induk di negara lain. Kebanyakan strategi dari segi sumber perkhidmatan, aset, tanggungjawab dan pembuat keputusan dalam organisasi global akan disatukan menjadi seragam untuk memaksimumkan kecekapan. Sebagai contoh, Syarikat Telekomunikasi Maxis Sdn Bhd, menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama produk dan perkhidmatan mereka dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat penghantaran sistem maklumat sumber manusia yang beroperasi di Suria KLCC. (http://www.maxis.com.my)
Model HRIS yang ketiga adalah antarabangsa. Model jenis organisasi ini menganggap unit-unit yang di berada luar negara sebagai dermatologi yang hanya wujud untuk menjalankan matlamat organisasi pusat. Kelebihan yang besar adalah fokus pada perkongsian pembelajaran antara sempadan dan inovasi seperti di dalam sektor bank dan automotif.Contohnya, HSBC Bank Malaysia Berhad yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan HSBC. HSBC Holdings plc, syarikat induk Kumpulan HSBC, beribu pejabat di London. Walaupun syarikat ini beribu pejabat di London, tetapi konsep dan pelaksanaan strategi pengurusan organisasi adalah atas tanggungjawab pengurusan di Malaysia dan hanya menjadikan ibu pejabat sebagai medium penyebaran maklumat sahaja.(http://www.hsbc.com)
Model HRIS yang terakhir adalah Model Transnasional. Model ini merupakan model yang sangat kompleks, di mana mereka akan melabur di dalam pelaburan asing, mempunyai kemudahan korporat secara berpusat, tetapi membuat keputusan dan kuasa penyelidikan dan pembangunan bersama-sama. Model ini adalah gabungan "syarikat multinasional", "syarikat global" dan "syarikat antarabangsa" yang merujuk kepada syarikat yang mempunyai pemegang saham, operasi, dan jualan di kebanyakan negara-negara di dunia. Contohnya, Nestlé yang mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia, menggunakan motto organisasi yang sama di setiap cawangan iaitu " Creating Shared Value" dan Nestle juga komited dengan "Business Principles" mereka di setiap negara.(http://www.nestle.com )
Kesimpulannya, setiap organisasi pada era ini sedang berlumba-lumba bersaing sesama sendiri. Oleh itu, setiap daripada model sumber manusia di atas, mempunyai strategik dan sistem pengurusan yang berbeza dari segi keupayaan, operasi, pegurusan, pengetahuan dan pengawalan organisasi.
- Karen V. Beaman (2003). The New Transnational HR Model: Building a Chaordic Organization. Pp1-27.
- Karen Beaman and Alfred J. Walker (2000). Globalizing HRIS: The New Transnational Model. IHRIM Journal, pp 30-43.
- Karen V. Beaman (2000). On Globalizing HRIS: Moving to a Transnational Solution. Pp. 33-36.