INI CERITA SAYA...
Assalamualaikum....

Keluarga saya bukanlah dari kalangan orang berada, tetapi kami senantiasa gembira dan bersyukur dengan kehidupan kami sekarang dan hidup dalam kesederhanaaN.Ayah saya merupakan seorang pegawai kerajaan, manakala emak merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Disebabkan itulah, saya tidak pernah tinggal berjauhan dengan ayah dan emak.
Pendidikan awal saya bermula di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney Satu dan seterusnya peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Selepas tamat SPM, saya telah menyambung pengajian di peringkat Diploma di sebuah kolej swasta iaitu Kolej Islam Antarabangsa dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Saya sangat sedih kerana permohonan saya untuk mnyambung pelajaran di Institut Pengajian Awam tidak berjaya.
Sekarang, saya sudah bekerja sebagai Pembantu Tadbir Operasi di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Petaling Jaya, Selangor. Saya telah bekerja selama hampir tiga tahun di jabatan ini.
Pada masa yang sama, saya juga merupakan seorang pelajar separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Untuk perancangan masa hadapan, saya berhasrat untuk menjadi pensyarah kerana saya suka berkongsi maklumat dan berjumpa dengan orang ramai. Harapan saya, semoga saya dapat menghabiskan pengajian saya di peringkat ijazah dan senantiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri yang mana saya mampu mencapai setiap matlamat hidup saya dengan keizinan dari Allah SWT.Amin.
Kata-Kata Motivasi:-
Serahkan hatimu pada Allah SWT, nescaya Allah akan memberi pilihan yang terbaik buatmu.
Serahkan hatimu pada Allah SWT, nescaya Allah akan memberi pilihan yang terbaik buatmu.